Monday 16 January 2012

TAMAT EXAM SEMESTER 3

Alhamdulillah syukur ... tamat dah semester 3 bagi pengajian aq di bumi upsi ini... huhuhu ari ni merupakan hari ang terakhir aq menduduki peperiksaan untuk sem ini...kertas last DR SETHUPRAKASH ni betoi2 mencabar minda aku subjek asas elekrtro mekanikal dan enjin... adoiii x tau la apa aku jawab td sama ada bertepatan ngn kehendak solan atau pon x...sem ini aku ada 6 paper.. 1st exam subjek keselamatn bengkel dan makmal.. PUAN IR ASHAH @ mak.. hehheheh.. sebab apa kami semua panggil dia mak sebab dia rajin beletiaq macam mak aku ja... yang syok nya mak ni guna lohqat kedah... mmg syok dengaq aihhh....tp mak ni baik hati.. mulut ja ckap bnyak tp hati baik :)

Paper 2nd  pulak perkebunan n hortikultur... hah lect ni plak kami pnggil dia "tok wan" PROF ZAINAL ABIDIN..   ."tok wan" panggilan ni sesuai untuk dia coz dia ni selalu terlupa apa yang dia cakap kemarin ckp len hari ni ckap len plak... adoiiii mmg serabut la main ngn tok wan ni... nak wat report dia pon pening pala.... x tau mcm mna dia nak.. hahhah.. satu g  tok wan ni klo dia ngajar satu habuk aq x paham langsung.... sat dia ckap pasai len pastu ckap psai len plak... huh berat la ...dia selalu cter pasai nagka madu yang dia cipta tuhh... tp x pnah plak wak mai bagi kami rasa.. huh kedekut jugak...

hari ketiga exam plak ada 2 paper... hadoiii mmg parak arr hari tu.. dah la pembanggunan keusahawanan tu lam BI.. huh mampoi la aq nak karang... yang tension nya apa yang aq baca n hafal langsung x ingt... aku pakai hentam ja ngan bhasa engglish nya x berapa nak betoi... huhuhu... lect ni jrang masuk kelas.. entah la dia pi mna dalm 14 minggu ada la dia msuk 5 kali kot... tp best gak... klo msok klas pon aq xpaham gak sbb dia ckap BI amerika tuhh... laju sngat x sempat aq nak paham apa dia cakap..nama lect ni AHMAD MAHMMUD... mulut dia boleh tahan langcang jugak.. hahahahh... yg aq suka kat pnsyarah ni cara dia sebut "hah" lembut siot.. hhahahh satu g dia rajin kata kat kami semu " hampa nt nak ank cakap BI tp hampa sendiri pon x pandai so jgn dok mimpi la dpt ank yg pandai cakap Bi...huh
   .... Tapi nasib bek la paper untuk 2p objektif n soalan dia dah tau sikit2 coz cik nurul ambik kat mber dia.. hah soalan bocoq la... mmg cepat gila jawap....urmm harap2 had ni dapat A la...sbjek ni en ARIFFIN yang ajar... urmmm aq suka cara dia ngajar, cara dia interaksi, urmmm terbaik lah... tp yang syok nya time group kami bentang masa pon dah nk habis so kak ina sorang ja kna bentang... huhuhu mmg syok habis la hari tu..

pastu hari berikutnya, paper penyediaan makanan pulak... huh had ni mencabar jugak.. mau x nya study last minit la kan.. tu yang jadi macam2 tuh... hahahah.. krtas ni cik ZUNURAIN yng ngajor.... klas amali cik Zahidah... 2 2 orang cik ni mmg sporting gila2 lah..syok ja belajar ngan depa x tertekan po... urmmm dah la cantaik, pandai masak, urmmm mmg bertuah la sapa dapat depa ni..hehehe... pastu geps seminggu baru la jumpa paper last... mmg siksa jiwa dan perasaan la dok kat cni... huhuhu... bg geps bnyak2 pon bukan nak stdy tp dok wat benda len yang banyak nya... YM la, FB la... hehehh yang terbaru BLOG aq ni la... hahahahah .......

next time.... klo aq da msa aq update la kat cni......yang pasti malam ni pukoi 10 malam aq nak bertolak balik p KEDAH... yahooooo best gilaaaa...tp naik bas catar UPSI yang x best nya... tp terpaksa la jugak coz malas nak cari tiket len dah...

Saturday 14 January 2012

foto Bismillah 5 - Fadhilat Bismillah
Bismillah 5 - Fadhilat Bismillah


Ertinya :

1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
2) Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
3) Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
4) Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
5) Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Fungsi Bismillah 5 adalah seperti berikut:

1. Penawar bisa diri

2. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang

3. Penawar bisa-bisa badan.

4. Penawar bisa batu merian

5. Untuk mengubat penyakit yang tidak diketahui puncanya.


Cara Merawat:

Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah Bismillah 5 ini sebanyak tujuh kali. Kemudian tiupkan di tempat yangsakit itu. Selepas itu tiup pula ke atas air.Kalau anggota yang sakit itu tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit. 


Fadhilatnya:



1. Makbul segala hajat dan cita-cita.

2. Luas rezki

3. Menang dalam peperangan.

4. Penerang hati.

5. Dijauhkan dari segala penyakit.

6. Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim

7. Dibaca di tempat yang suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.

8. Dibaca pada malam Jumaat 20 kali boleh melihat orang di dalam kubur.

9. Aman daripada binatang buas.

10. Air laut menjadi tawar.

11. Terlepas daripada terkena bunuh jika dibaca kepada tubuh badan.

12. Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.

13. Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.

14. Terselamat dari karam di laut. 

15. Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali, boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.(air selusuh bersalin)

16. Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari nescaya dapat mendengar.

17. Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga 3 kali InsyAllah lari iblisnya.

18. Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.

19. Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.

20. Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.